~Kasih Tercipta~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
create your own banner at mybannermaker.com!

Friday, August 26, 2011

~Amalan Sunat Hari Raya Aidilfitri~

Salam semua pembaca budiman Kalam Abu Musaddad, kini kita telah pun berada di penghujung ramadhan. Hanya beberapa hari lagi ramadhan akan melabuhkan tirai serta meninggalkan kita semua. Bagi mereka yang beriman pasti akan bersedih, malah ada yang menangis kerana terpaksa berpisah dengan ramadhan.

Setelah menjalani ibadah puasa selama sebulan, kini tiba masanya bagi seluruh umat Islam merayakan Hari Raya Aidilfitri iaitu hari kebesaran atau hari kemenangan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada hamba-hambanya yang beriman dan bertaqwa.

Hari Raya Aidilfitri ini hanya disambut setahun sekali dan sudah tentulah akan disambut dengan penuh meriah. Bagaimanapun, Islam melarang umatnya membazir dan berbelanja secara berlebih-lebihan ketika merayakannya.Selain itu, umat Islam juga mestilah merayakan Hari Raya dengan penuh bermakna, dengan melakukan kebaikan dan meninggalkan keburukan serta kemungkaran sewaktu merayakannya.

Terdapat beberapa amalan sunat yang dianjurkan oleh Islam ketika menyambut hari raya iaitu pada malam Hari Raya adalah disunatkan supaya membanyakkan amalan bertakbir.

Waktu takbir Aidilfitri bermula dari saat matahari terbenam di akhir bulan Ramadan (awal Syawal) iaitu jika keesokan harinya ialah 1 Syawal. Takbir Hari Raya disunatkan untuk bertakbir sepanjang malam hari raya di mana saja, tidak kira dari rumah atau masjid.

Kita digalakkan untuk menghidupkan malam dengan beribadat. Antara ibadat yang boleh dilakukan ialah banyakkan bertakbir, beristiqhfar dan memuji kebesaran Allah pada malam hari raya itu. Selain itu, amalan yang disunatkan untuk menyambut hari raya ialah disuruh mandi, bersugi (menggosok gigi) dan memakai wangi-wangian. Kita juga disunatkan menjamah sedikit makanan sebelum pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang sunat Hari Raya.

Sembahyang sunat hari raya pula disyariatkan dalam tahun pertama hijrah. Dalam hal ini, Anas bin Malik pernah berkata: “Rasulullah SAW datang ke Madinah ketika itu, penduduk Madinah sudah mempunyai dua hari besar yang sentiasa mereka rayakan.” Lantaran itu Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah Tabaraka Wata’ala telah menggantikan yang dua hari itu dengan yang lebih baik bagi kamu, iaitu Hari Raya dan Aidiladha.” (Ahmad, Abu Daud, Naasa’ei dan al-Baihaqi)
Manakala ziarah-menziarahi dan bermaaf-maafan sangat digalakkan dan patut menjadi amalan murni di kalangan umat Islam. Al-Alamah Ibnu Rajab telah menukilkan dalam kitabnya Al-Lata’if, katanya: “Orang yang arif telah saling menziarahi antara mereka.” Kerana amalan ziarah-menziarahi dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim antara ahli keluarga, sahabat, dan jiran tetangga.
Kesimpulannya, kita digalakkan memperbanyakkan amalan-amalan sunat sepertimana yang telah disebutkan di atas dan meninggalkan perkara-perkara mungkar yang ditegah oleh Islam seperti melakukan maksiat dan sebagainya ketika merayakan Hari Raya.


Sumber dari : http://ibnismail.wordpress.com

Monday, August 22, 2011

~Take a Rest~

Baru2 ni balik p carik baju raye tuk sy n en suami...adusss susahnyer nak carik...bukan main bnyk lagi pilihan yg ader kat Kamdar tuh, satu pn x menarik warna...tp bile dah jumpe yg cantik, size lak x der...aduuu...sian en suami..dah brkenan sgt baju tuh, x de size lak dah....

So, nak x nak terpakse la carik kat tmpt lain..da puas2 pusing, last choice pegi Kuantan Parade..mujur ade jumpe yg die brkenan...amek jgk la..warna coklat cair..tp cantik gak la...lepas tu pening nk mencarik baju sy lak..da bnyk2 kedai carik, mujur kedai yg last tu ader huhuhu...kalo x, da give up da....

Da dpt sume baju, kitorg gerak balik..da x snggup nk duk Ktn lelame..dgn org ramai, panas lagi huhuhuhu...tp on the way balik tu sggah jap kat Pantai Sepat..saje2 nk rest tenangkan fikiran,, rehatkan badan n minda..legaaaa.........




Thursday, August 18, 2011

~Ramadhan Bersama~

Pejam celik pejam celik, hari ni dah 19 hari berpuasa...lebih kurang seminggu lagi kite dah nak sambut Syawal..
Bagi sy, ni first time berpuasa brsama suami tercinta...tapi hujung minggu je la..hari2 biase, buka puasa sorg2 or dgn kawan2...mm...sedih..tp nk buat mcm mane...sabo je la....

Tapi first time brbuka dgn kluarga mertua mmg pengalaman yg baru bagi sy..petang sblm berbuka tolong mak mertua masak tuk berbuka..sy nk masak???mmg x dptla hehhehee...x brape nk expert lagi..mak mertua pn mcm paham jek hehehhee....

Lepas brbuka smbhyg Maghrib berjemaah..ayah mertua yg jadi imam...teringin jgk nk tgk en suami jadi imam hehhee...insya Allah, smpai masenye nanti...lps tu rehat2 dulu smbil tggu nak ke masjid tu solat terawikh...itulah kronologi sy ketika brbuka di rumah mertua......

Sebut pasal raya...hadoooiiiiiiiiii..baju raye tuk sy n en suami lum beli lagik..mcm x sanggup jek nak meredah bndr Ktn tuh..kompem org ramai punyerrr.....tapi nak tak nak, terpakse la jugak, kalo tak beraye ngan baju lame la jawabnyer huhuhuhu.....

Apepun..sy sgt excited tuk beraye dgn en suami for the first time....hhehehheheee...........