Diwaktu kamu ingin melepaskan seseorang, ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya.
Diwaktu kamu mulai tidak mencintainya, ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya.
Diwaktu kamu mulai bosan dengannya, ingatlah selalu saat terindah bersamanya.
Diwaktu kamu ingin menduakannya, ingatlah bahawa dia selalu setia kepadamu.
Diwaktu kamu ingin membohonginya, ingatlah dia telah jujur kepadamu.
Maka kamu akan merasakan bermakna dia untukmu.
Jangan sampai nanti dia sudah tidak lagi disisimu, kamu baru menyedari semua erti dirinya untukmu.
Yang indah hanya sementara.
Yang abadi adalah kenangan.
Yang ikhlas hanya dari hati.
Yang tulus hanya dari sanubari.
Tidak mudah mencari yang telah hilang.
Tidak mudah mengejar impian.
Namun yang lebih susah adalah mempertahankan yang ada.
Kerana walaupun digenggam terlepas juga.
Ingatlah kata pepatah : "Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini"
Belajar menerima apa adanya dan berfikiran positif
Hidup bagaikan mimpi, seindah apapun, begitu bangun semuanya akan sirna tak berbekas.
Rumah mewah, harta benda, kedudukan, jawatan, namun ketika nafas berakhir, sebatang jarum pun tak dapat dibawa, sehelai benang pn tak dapat dimiliki.
Apalagi yang mahu direbutkan.
Apalagi yang mahu disombongkan.
Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani.
Jangan terlalu berhitung.
Jangan hanya mahu menang sendiri.
Jangan suka menyakiti sesama, apalagi terhadap mereka yang berjasa bagi kita.
Belajarlah tiada hari tanpa kasih.
Selalu berlapang dada dan mengalah.
Hidup sentiasa ceria dan bebas.
Tak ada yang tak dapat diikhlaskan.
Tak ada sakit hati yang tak mampu dimaafkan.
Taka ada dendam yang tak mampu dihapuskan....
 |
| Miss U Dear... |